fbpx

PRN: Wanita PH sasar kemenangan 30 peratus calon wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika ditemui di program Korban Perdana di Masjid Al Huda, Sungai Bakau, Pulau Pinang hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Wanita Pakatan Harapan (PH) menyasarkan kemenangan menerusi 30 peratus calon-calon wanita daripada pergerakan sayap parti itu yang bakal bertanding dalam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Ketua Wanita PH, Fadhlina Sidek berkata, selaras dengan hasrat itu, semua rundingan kerusi membabitkan kuota wanita sudahpun diselesaikan.

“Di peringkat Keadilan (PKR) khususnya, kita telah selesai rundingan kerusi sebagaimana kenyataan saya sebelum ini, namun kita perlu bekerja keras sikit untuk pastikan matlamat itu tercapai.

“Timbalan Ketua Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli diberikan tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihan Raya pada PRN nanti dan beliau akan memantau dari segi kuota wanita, persiapan serta pemilihan calon bagi memastikan kemenangan calon terpilih kelak dan setakat ini, semua rundingan kerusi membabitkan kuota wanita sudah diselesaikan dan kita kini menunggu kerusi mana yang akan diberikan kepada calon wanita,” katanya kepada pemberita selepas menganjurkan program Korban Perdana Nibong Tebal di Masjid Al-Huda di Sungai Bakau, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ketua Wanita PKR memberitahu, adalah menjadi hasrat parti untuk melihat lebih ramai wanita diberi peluang bertanding pada PRN .

“Saya akan terus mempertahankan 30 peratus kuota pimpinan wanita dalam PRN kerana wanita sememangnya boleh membuat perubahan seterusnya menyumbang kepada negara dan kalau dapat lebih (calon wanita), maka kita akan rancakkan lagi perjuangan Insya Allah,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI