fbpx

PRN: BN jangka bertanding 45 peratus kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) menyaksikan seekor lembu dikorbankan pada majlis Korban Perdana BN di Pantai Penunjuk, Kijal, Kemaman, Terengganu hari ini.

KEMAMAN – Barisan Nasional (BN) menjangkakan bakal bertanding kira-kira 45 peratus daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia merangkumi lebih 100 daripada 245 kerusi yang akan ditandingi di enam negeri terbabit.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, baki 55 peratus lagi bakal ditandingi Pakatan Harapan (PH) namun keputusan akhir bagaimanapun hanya akan diputuskan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu hadapan.

“Ini (komposisi 45 peratus BN, 55 peratus PH) berdasarkan kepada kerusi (DUN) (dimenangi) sedia ada.

“Sebab itu, peratus itu lebih kepada parti komponen dalam PH. Kita akan umum statistik (sebenar) apabila keputusan dimuktamadkan,” katanya di Pantai Penunjuk, Kijal di sini di sini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis Korban Perdana dan Jamuan Rakyat anjuran BN Terengganu.

Ahmad Zahid berkata, perbincangan kali terakhir dengan Anwar tersebut juga akan melibatkan penyelesaian beberapa kawasan DUN yang masih mempunyai pertindihan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI