fbpx

Polis tembak tiga lembu korban mengamuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seekor lembu yang ditembak mati oleh anggota polis di Daerah Bangunrejo, Lampung Tengah semalam. - Kompas.com/Dok Polsek Bangunrejo

JAKARTA, Indonesia – Polis terpaksa menembak mati tiga ekor lembu yang mengamuk selepas lari bagi mengelak disembelih dalam kejadian di Lampung Tengah, Pulau Sumatera, lapor portal berita Tribunnews.com.

Tiga lembu yang ditembak kelmarin adalah dari Kampung Mekarjaya, Kampung Tanjungjaya dan Kampung Cimarias.

Penduduk setempat yang gagal mengendalikan haiwan itu, meminta polis menembak lembu-lembu tersebut selepas seorang daripada mereka hampir menjadi korban kerana ia bertindak ganas.

Ketua polis setempat, Feriyantoni berkata, kejadian berlaku ketika lembu-lembu tersebut hendak disembelih selepas solat sunat Hari Raya Aidiladha.

Ketika Feriyanto dan anggota-anggotanya memburu haiwan itu, seorang penduduk lain memberitahu, terdapat dua ekor lagi lembu korban yang lari dan ditemui berada di kawasan berdekatan.

Ketiga-tiga ekor lembu itu kemudian ditembak oleh pihak polis.

Feriyantoni berkata, beliau kemudian meminta supaya semua haiwan tersebut segera disembelih selepas ditembak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI