fbpx

Penduduk mati terkejut gempa kuat gegar Yogyakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa rumah penduduk mengalami kerosakan akibat gegaran. - Dampak Gempa Bantul Yogyakarta/MPI

YOGYAKARTA, Indonesia – Orang ramai berlari keluar dari rumah mereka apabila gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan bandar raya Yogyakarta,  pukul 7.57 malam (waktu tempatan) semalam, lapor laman berita Liputan 6. 

Berdasarkan laporan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), gegaran direkodkan sejauh 86 kilometer ke barat daya daerah Bantul pada kedalaman 25 kilometer, namun tidak berpotensi mencetuskan tsunami. 

Ketua Pelaksana Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD), Agus Ali Herwanta berkata, seorang penduduk daerah itu dilaporkan meninggal dunia ketika kejadian.

“Seorang penduduk cedera akibat terjatuh, manakala seorang lagi meninggal dunia kerana terkejut,” katanya.

Agus mendedahkan bahawa gempa bumi itu merosakkan 31 rumah penduduk di Bantul, manakala   sekurang-kurangnya 12 daerah  terjejas. 

Dalam pada itu, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) merekodkan dua rumah penduduk rosak di daerah Kebumen, Jawa Tengah akibat gegaran.

“Rangkaian elektrik di beberapa kawasan di daerah Kebumen terputus kerana kerosakan akibat gempa bumi,” kata Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Bencana BNPB, Abdul Muhari. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI