fbpx

Pangkat semua sama, tidur di tepi jalan tunai haji – Alif Satar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIF SATAR menyifatkan ibadah haji sebagai asbab kekerdilan manusia di sisi Allah SWT.

PETALING JAYA – Penyanyi Alif Satar menyifatkan ibadah haji mampu membuang rasa sombong dan takbur dalam diri seseorang.

Menurut Alif, 33, salah satu rukun haji yang dirasakan meninggalkan impak bermalam di Mina kerana ibadah tersebut mengenepikan segala pangkat dan darjat seseorang.

“Mengikut manasik haji Nabi Muhammad SAW, kami semua jamak takhir maghrib dan isya dengan bermabit (bermalam) sehingga solat subuh di Muzdalifah.

“Di sini, tidak kiralah bayar pakej ratus ribu, engkau berpangkat Tan Sri, artis yang orang sanjung hatta Mufti sekalipun, semua orang tidur di tepi jalan,” katanya dalam Instagram.

Tambah pelantun lagu Cukup Indah itu, bermalam di Mabit mencetuskan kesedaran mengenai kehidupan golongan gelandangan.

“Rupa-rupanya macam inilah rasa gelandangan,” katanya.

Menurut Alif lagi, situasi di sana tidak tumpah seperti ‘gelandangan’ menandakan rasa ‘kerdil’ sebagai hamba Allah SWT.

“Tiada tempat mandi, tengah-tengah malam korek tanah cari batu (nak persediaan untuk melontar).

“Wallahi, walaupun masa ini dah dua malam tak mandi, tak pergi tandas, badan dah penat ditambah pula kekecohan bunyi dan bau asap ekzos bas.

“Dengan berlapikkan ‘sleeping bag’ beratapkan langit bintang,” luahnya lagi.

Alif merupakan antara selebriti tempatan yang menunaikan haji selain Datuk Aaron Aziz dan Faizal Tahir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI