fbpx

Nombor plat khas untuk kenderaan EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (dua kiri) ketika ditemui di pelancaran Pusat Khidmat 4S di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.

SEREMBAN – Kementerian Pengangkutan bercadang untuk memperkenalkan nombor plat khas bagi kenderaan elektrik (EV).

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, cadangan itu bertujuan untuk membezakan kenderaan biasa dengan EV.

“Dari aspek keselamatan sekiranya berlaku kemalangan cara pengendalian kereta tersebut memang berlainan dari yang lain. Umpanya jika berlaku kebakaran. Dia tidak boleh sembur air sahaja bomba ada prosedur operasi standard mereka sendiri,” katanya ketika ditemui di pelancaran Pusat Khidmat 4S di sini, hari ini.

Tambahnya, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak mengetahui sama ada kenderaan itu EV atau jenis biasa kerana secara fizikal luarannya terlihat sama sahaja.

“Kita nak perkenalkan nombor plat ini supaya ia dapat dibezakan dan pada ketika ini mengikut kaedah akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memang ada formula perkiraan untuk EV yang menggunakan pengkiraan mengikut watt.

“Jadi dari segi perkiraan itu untuk EV pada ketika ini memang lebih mahal daripada kereta-kereta biasa yang menggunakan cc (kapasiti enjin),” katanya.

Ujarnya, keputusan pihaknya ialah untuk mengkaji semula kadar itu agar menjadi lebih murah berbanding dengan kereta-kereta biasa bagi menggalakkan penggunaannya dalam kalangan pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI