fbpx

Neelofa kongsi gambar anak kedua bila sampai waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA kini sedang berada di hospital untuk melahirkan anak keduanya.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas yang juga merupakan suami kepada selebriti popular Neelofa iaitu Haris Ismail mengambil pendekatan tidak akan mendedahkan wajah cahaya mata kedua mereka sehinggalah tiba waktunya.

Pendirian itu sama seperti apa yang dilakukan terhadap anak sulung mereka, Muhammad Bilal yang dilahirkan Januari tahun lalu.

Bagaimanapun baik Neelofa mahupun Haris berpendapat, pendekatan yang dilakukan atas alasan tertentu itu tidak bermakna mereka akan menyorokkan si kecil daripada keluar ke tempat umum.

Sebaliknya, sebagai ibu bapa perkara utama yang menjadi tunjang dalam membesarkan anak-anak adalah membiarkan mereka menjalani kehidupan normal.

“Kami buat sama macam sebelum ini (tak tunjuk wajah). Awal-awal memang tak kongsi, tunggu nanti waktu yang sesuai.

“Setiap ibu bapa pun punya pendirian sendiri (kongsi gambar bayi dalam media sosial).

“Kita tetap akan bawa keluar. Tapi nanti ada kata pula kalau ada yang ambil gambar. Kita mampu jaga selagi boleh,” katanya.

Muhammad Haris Mohd Mohd. Ismail atau PU Riz mendedahkan isterinya sedang menanti masa di hospital untuk melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Perkongsian tersebut dinyatakan menerusi perbualan dalam sebuah program televisyen bersama teman gandingannya, Fakhrul Radhi, semalam.

“Isteri sampai masa nak bersalin, dah masuk wad,” katanya ringkas memaklumkan keadaan terkini usahawan dan pengacara itu.

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI