fbpx

Nama tercicir dalam bantuan banjir, penduduk buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL AZHAR (lima dari kiri) menunjukkan laporan polis yang mendakwa nama mereka tercicir daripada penerima mangsa banjir Terengganu di Balai Polis Chukai, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seramai 150 ­mangsa banjir di Bandar Baru Bukit Mentok di sini, mendakwa masih belum menerima bantuan yang dijanjikan kerajaan.

Wakil penduduk, Kamarul Azhar Nawi, 48, mendakwa, dia kesal kerana bantuan yang diharapkan daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri itu masih belum diperoleh walaupun bencana alam tersebut sudah hampir tujuh bulan berakhir.

“Sewaktu hampir semua ­mangsa banjir di negeri ini sudah menerima bantuan masing-ma­sing, termasuk terbaharu pada awal bulan Jun, namun nama kami terus keciciran.

“Kami telah mengadu kepada pengerusi jawatankuasa pembangunan kampung, tetapi tidak dipedulikan, malah Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab juga gagal memberi maklum balas sehingga kini,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Terdahulu dia dan beberapa penduduk kampung membuat laporan polis berhubung kelewatan pembayaran bantuan itu di Balai Polis Chukai di sini.

Kamarul Azhar berkata, ini pertama kali namanya tercicir daripada senarai penerima bantuan banjir dalam tempoh 10 tahun.

Katanya, dia tidak pernah bermasalah menerima bantuan pasca banjir sebelum ini walaupun rumahnya di Bandar Baru Bukit Mentok hampir setiap tahun dinaiki banjir.

“Sehubungan itu, laporan polis adalah jalan terakhir membolehkan siasatan dilakukan setelah tiada jawapan daripada semua pihak bertanggungjawab,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Nor Mohamad Rizal Ibrahim, 38, turut kesal dengan situasi itu, se­olah-olah dianaktirikan daripada menerima dua bantuan yang bernilai keseluruhan RM2,000.

“Bukan terlalu mengejar duit, tetapi lebih kesal hak saya dan jiran-jiran dinafikan.

“Banyak juga peralatan rumah musnah akibat banjir pada bulan Disember tahun lalu dan perlu diganti baharu,” katanya.

Kosmo! 4 Jun lalu melaporkan, Kerajaan Negeri Terengganu a­khirnya melunaskan bantuan banjir kepada lebih 5,000 ­mangsa banjir di daerah Besut.

Pembayaran itu dilakukan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan RM50 juta bagi bantuan kepada mangsa banjir negeri ini pada 13 Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI