fbpx

Melepuh sebesar buah oren selepas sentuh tumbuhan paling bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangan McPherson mengalami lepuh sebesar buah oren selepas tersentuh tumbuhan itu. - Ross McPherson/ Pen News

LONDON – Seorang remaja mengalami lepuh sebesar buah oren pada tangannya dan sukar memakai pakaian sendiri selepas tersentuh tumbuhan dianggap paling berbahaya di Britain, lapor portal berita MailOnline.

Ross McPherson, 16, berkata, dia tersentuh pokok hogweed gergasi semasa berbasikal berhampiran rumahnya di bandar Dunbar, Scotland.

Beberapa jam kemudian, tangannya menjadi merah dengan lepuh menyakitkan terbentuk, menyebabkan dia memerlukan rawatan di hospital.

 

Pokok hogweed gergasi. – Scottish Invasive Species Initiative/ Pen News

Lepuh itu dibuang tanpa Ross diberi ubat bius. Remaja itu berkata, dia pengsan kerana menahan kesakitan yang amat sangat.

“Kulit saya membengkak di sekeliling tangan, ia terasa panas dan menyakitkan,” katanya.

McPheron dirawat di Infirmari Diraja Edinburgh selepas mengunjungi Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) kerana mengalami kombinasi melecur tahap dua dan tiga.

Getah pokok hogweed menyebabkan kesan seperti melecur apabila kulit yang terkena getah terdedah kepada cahaya matahari. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN