fbpx

Kes murid tahun satu dikurung berjaya selesai cara baik – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan WhatsApp berhubung murid darjah satu didakwa dikurung oleh guru.

SEBERANG PERAI – Isu murid tahun satu yang dikatakan dikurung guru dalam sebuah ruang ditutupi jeriji besi di sebuah sekolah di Negeri Sembilan, baru-baru ini berjaya diselesaikan secara baik.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan jalan penyelesaian terbaik dapat dicapai kedua belah pihak.

“Sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini, kes ini telah diputuskan dengan baik di peringkat JPN, jadi kita anggap ia sudah selesai. Dalam konteks siasatan JPN, kita telah ambil perhatian akan semua perkara tersebut dan tindakan yang diambil berhubung isu dibangkitkan telah selesai.

“Tindakan ini diambil adalah untuk memastikan keselamatan keseluruhan, bukan saja murid itu tetapi juga pihak sekolah terbabit,” katanya kepada pemberita selepas ditemui pada program Korban Perdana Nibong Tebal di Masjid Al-Huda, Sungai Bakau, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, pihaknya berharap isu terbabit dijadikan pengajaran untuk semua pihak supaya tidak berulang lagi . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI