fbpx

Jawi laksana ibadah korban santuni saudara baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Farid bersama peserta memotong daging korban sempena Majlis Korban Mualaf Madani di Kompleks Darul Hidayah, Kuala Lumpur. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah menganjurkan Majlis Korban Mualaf Madani di Kompleks Darul Hidayah (KDH), Jalan Sentul, hari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Farid Ravi, program tersebut merupakan program pertama sempena Bulan Menyantuni Mualaf.

“Dalam program kali ini, kami menyediakan kaedah pembelajaran secara praktikal tentang ibadah korban kepada para peserta.

“Selain itu, kami juga bakal menjalankan 15 lagi program mega lain seperti Karnival Mualaf, Bengkel Ikon Mualaf, Kursus Sembelihan Halal dan banyak lagi program lain dalam bulan ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Farid, program tersebut juga diadakan supaya mualaf dapat merasai sendiri pengalaman dan kemeriahan acara korban yang disyariatkan saban tahun.

“Dengan adanya program sebegini, ikatan kekeluargaan antara saudara seagama dapat dieratkan. Kami mahu para mualaf tahu bahawa mereka tidak bersendirian dan ada satu keluarga besar untuk mereka mengadu dan juga bergantung,” ujarnya.

Sebanyak seekor lembu dan kambing telah dikorbankan pada Majlis Korban Mualaf Madani dan bakal diagihkan kepada penerima dalam golongan mualaf dan asnaf yang memerlukan.

Majlis tersebut disertai oleh 100 orang mualaf sekitar Wilayah Persekutuan dan penduduk berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI