fbpx

Jangan cetus provokasi isu laungan azan – polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memecah belah keamanan dan menimbulkan kegusaran awam susulan isu azan di Sungai Puyu, Butterworth di sini yang tular dalam media sosial hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya terkesan menerusi media sosial berhubung penyebaran menuntut masyarakat Islam memberi sokongan dan bantahan berkaitan isu pembesar suara laungan azan di Sungai Puyu.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat seorang lelaki warga tempatan pada 28 Jun lalu berkaitan tindakan seorang lelaki tempatan yang tidak dikenali meminta pengadu untuk memperlahankan bunyi azan yang dudakwa terlalu kuat sehingga mengganggu penduduk sekitar.

“Susulan laporan terbabit, Bahagian Siasatan Jenayah IPD SPU telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih dijalankan dan kita akan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mensasikan atau membuat provokasi kemarahan yang boleh menimbulkan isu perkauman,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tegasnya, tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI