fbpx

Cuaca buruk di Sabah, Sarawak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca buruk di Sabah dan Sarawak sehingga pukul 6.00 petang, hari ini.

Menurut laporan oleh MetMalaysia di laman Facebook, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song) di Sarawak.

Selain itu, cuaca buruk juga diramal berlaku di Pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu) di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya dalam hantaran yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI