fbpx

Bapa tuntut hak penjagaan selepas anak sembuh kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Xu menceraikan isterinya sebelum meninggalkan anak mereka. - SCMP

BEIJING – Seorang lelaki di China yang meninggalkan anaknya selepas kanak-kanak itu disahkan menghidap kanser mahu menuntut semula hak penjagaan selepas dia sembuh, lapor portal berita South China Morning Post.

Keputusan mahkamah yang menolak permohonan lelaki itu mendapat pujian orang ramai di media sosial China.

Lelaki bernama Xu itu turut menceraikan isterinya selepas anak lelaki mereka yang berusia empat tahun disahkan menghidap kanser.

Ibu kanak-kanak itu kemudian memikul tanggungjawab membesarkan anak sendirian dan bergelut mengatur rawatan perubatannya.

Apabila anak lelaki mereka pulih beberapa tahun kemudian, Xu muncul semula dalam hidup dua beranak itu dan mahu mengambil hak penjagaan penuh budak itu.

Xu berkata, bekas isterinya yang telah berkahwin lain dan mempunyai anak baharu, tidak dapat menyediakan penjagaan mencukupi untuk anak lelaki mereka kerana sumber kewangannya terhad.

Walaupun budak itu mahu tinggal bersama ibunya, Xu nekad memfailkan tuntutan mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan tunggal.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa perwatakan moral dan emosi ibu bapa serta kehendak anak itu sendiri perlu dipertimbangkan untuk membuat keputusan terbaik sekali gus menolak petisyen Xu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI