fbpx

800 asnaf Besut, Pulau Perhentian terima daging korban Mahsuri Dagang, Ikhlas.com

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Jazri (tiga dari kiri) bersama daging korban dan produk kicap lemak manis dan sos tiram Mahsuri Dagang yang diagihkan kepada 800 keluarga asnaf di Kuala Besut, Terengganu hari ini. Foto oleh TOREK SULONG/ KOSMO!

BESUT – Syarikat pengeluar kicap lemak manis dan sos tiram, Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. (Mahsuri Dagang) bersama Ikhlas.com mengorbankan tiga lembu termasuk seekor jenis sado untuk diagihkan kepada penduduk daerah ini hari ini.

Ketua Komersil Mahsuri Dagang, Mohd. Jazri Ikmal Hijaz berkata, program ibadah korban itu mendapat kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut.

Katanya, tiga ekor lembu korban termasuk seekor lembu sado digelar ‘Mat Sado’ disembelih secara gotong-royong bersama sukarelawan termasuk 25 anggota polis IPD Besut.

“Tiga lembu korban ini termasuk ‘Mat Sado’ merupakan haiwan ternakan milik penternak tempatan. Daging korban ini kemudian diagihkan kepada 800 penduduk daerah ini termasuk 300 yang menetap di Pulau Perhentian yang tergolong dalam kumpulan asnaf,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Jazri memberitahu, daging asnaf untuk keluarga nelayan di Pulau Perhentian itu diagih dengan perkhidmatan bot sewa khas ditaja penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman.

Jelas beliau, kesemua 800 penduduk asnaf terbabit turut menerima produk kicap dan sos tiram jenama Mahsuri keluaran syarikatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI