PETALING JAYA – Seorang wanita didakwa meminta bayaran parkir secara tidak sah daripada orang awam yang meletakkan kereta sementara di tepi jalan dipercayai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Video tersebut tular di TikTok dimuat naik seorang pengguna apabila dia didakwa diminta membayar sebanyak RM5 selepas wanita tersebut memintanya kerana meletakkan kereta di situ.
Dalam video itu, kedengaran perbualan pengguna media sosial tersebut bersama wanita itu yang mana dia tidak berpuas hati dengan bayaran RM5 sedangkan hanya meletakkan kereta tidak sampai 10 minit.
“Orang yang bukan bawah DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) tiba-tiba datang minta bayar parking RM5 sedangkan parking tak sampai 10 minit nak beli Damascus (kedai makanan Arab) di Bukit Bintang.
“Tolong pihak DBKL siasat benda ni, perkara macam ni tak sepatutnya berlaku dan pihak polis minta tolong pantau lokasi berhampiran Damascus. Ada pihak yang tak bertanggungjawab makan duit parking sedangkan itu parking awam,” kata pemilik akaun tersebut.
Ia kemudian mendapat maklum balas orang ramai yang pernah berdepan pengalaman sama sekali gus berharap tindakan dapat diambil terhadap mereka yang mengambil kesempatan.
“Saya pernah kena dan dengan yakin saya cakap ‘suami kerja pegawai polis, ni awak minta duit ni salah di sisi undang-undang tahu’. Terus dia cakap tak payah bayar, padahal saya belum kahwin,” komen Scha278.
“Masalahnya kalau tak nak bayar nanti risau tiba-tiba cermin pecahlah, tayar pancitlah,” kata Rizki Ramadhan.
“Akak ni dengan laki dia kot pernah minta RM20 ya. Aku cakap dahlah bukan kau buat parking, minta bayar lepas itu dia pergi. Hilang mood nak ‘healing’,” ujar seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
@__yourcru5h Orang yang bukan under DBKL tiba tiba datang mintak bayar parking 5ringgit sedangkan parking tak sampai 10minit nak beli damascus kat bukit bintang . Tolong pihak dbkl siasat benda ni . Perkara macamni tak sepatutnya berlaku and pihak polis mintak tolong pantau lokasi berhampiran damascus ada pihak yang tak bertanggungjawab makan duit parking sedangkan itu parking awam @polisdirajamalaysia_pdrm #DBKL #DewanBandarayaKualaLumpur #Fyp #BukitBintang #damascusbukitbintang #fypterkini #fypviral ♬ original sound – L 🌹