fbpx

Tiada laporan polis diterima berhubung kekecohan di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar Khan.

PETALING JAYA- Polis Selangor masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tular membabitkan seorang lelaki didakwa menteri membuat kecoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun usaha menyiasat insiden tersebut dalam tindakan pihak berkuasa ditugaskan di banggunan lapangan terbang tersebut.

“Pihak polis tidak terima sebarang laporan polis berkaitan insiden ini. Ini adalah dalam tindakan pihak berkuasa KLIA,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi melepaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Lelaki terbabit didakwa telah masuk ke dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan, petang semalam.

Difahamkan, beliau bertindak sedemikian bagi membebaskan seorang wanita warga China yang tidak dibenarkan memasuki negara ini sebaik tiba di lapangan terbang berkenaan.

Memetik laporan Bebas News, menteri berkenaan ke KLIA apabila mendapat tahu mengenai kejadian itu dan memasuki ke dalam dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan.

Tambah laporan yang memetik sumber itu, apabila tindakannya cuba dihalang, beliau menggunakan kuasa sebagai menteri termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI