fbpx

Ribut petir landa 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, ia melibatkan keseluruhan kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Selain itu, cuaca buruk di terengganu, membabitkan Hulu Terengganu, Marang dan Dungun manakala di Pahang tertumpu di Raub dan Bentong.

Bagi Selangor, hujan dijangka melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor sementara di Negeri Sembilan iaitu Jelebu dan Jempol.

“Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu.

“Ribut petir di Sabah membabitkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI