fbpx

Remaja 13 tahun pandu kereta ibu dikejar polis 10 km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja lelaki 13 tahun ditahan kerana memandu kereta ibu tanpa lesen di IPD Kemaman, semalam.

KEMAMAN – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis kelmarin, gara-gara memandu kereta milik ibunya tanpa lesen, kelmarin.

Dia dikesan memandu kereta Proton Saga oleh sepasukan anggota polis trafik yang sedang melakukan rondaan di bawah Jambatan Geliga berhampiran Kemaman Waterfront, di sini pada pukul 5.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pada mulanya remaja itu dikesan memandu secara melawan arus di bawah jambatan berkenaan.

“Sebaik nampak kehadiran kereta peronda polis, dia memecut laju memasuki jalan persekutuan iaitu Jalan Kuantan – Kuala Terengganu untuk melarikan diri.

“Kereta Proton Saya dipandu remaja itu akhirnya berjaya berjaya dipintas dan ditahan kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia mula-mula ditemui,” katanya, di sini hari ini.

Hanyan berkata, sewaktu melarikan diri, kereta dipandu remaja lelaki tersebut tidak berhenti di lampu isyarat Mak Lagam malah memotong barisan di lampu isyarat Stesen Bas Geliga, di sini.

Tambah beliau, remaja itu juga didapati memandu secara melulu dan berbahaya secara ‘zig zag’ di Jalan Kuantan – Kuala Terengganu.

“Tiga kali arahan anggota polis untuk dia menghentikan kenderaan juga tidak dipedulikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI