fbpx

Razarudin pengerusi Mesyuarat Khas KPN, fokus hala tuju PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas KPN yang pertama bertempat di Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain mempengerusikan Mesyuarat Khas KPN yang pertama di Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

PDRM menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan, antara perkara dibincangkan adalah mengenai penetapan hala tuju untuk memastikan pasukan PDRM sentiasa dalam landasan yang lebih tepat.

“Selain itu, mesyuarat khas tersebut turut menyentuh amanat Tan Sri Razarudin mengenai isu berkaitan integriti dan kebajikan warga PDRM serta peranan tata kelola barisan kepimpinan tertinggi di semua peringkat dalam memudahkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya dalam hantaran itu.

Mesyuarat khas itu turut dihadiri oleh barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) antaranya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Kamaruddin Mat Din dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali.

Turut hadir sama, pesuruhjaya polis, ketua polis negeri, komander dan komandan serta ketua-ketua polis daerah yang di antaranya mengikuti mesyuarat tersebut secara maya atau telesidang.

Selain itu, turut diberi tumpuan dalam mesyuarat berkenaan adalah aspek pengurusan media dan persiapan PDRM menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang bakal diadakan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI