fbpx

Ramai jijik patung seks rupa kanak-kanak dijual dalam platform popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara patung yang dijual dalam platform tersebut.

PETALING JAYA – Seorang wanita tampil mendedahkan mengenai penjualan patung mainan seks berupa kanak-kanak menerusi sebuah platform dalam talian.

Lebih mengejutkan, terdapat patung yang dijual turut dikenakan pakaian baju kurung seperti budak sekolah rendah dengan harga antara RM800 hingga RM3,000.

Perkara itu didedahkan menerusi perkongsian di Twitter Masitah, memaparkan beberapa tangkap layar akaun yang menjual patung tersebut.

Berdasarkan tangkap layar itu, hampir kesemua akaun ‘seller’ (penjual) didapati berpangkalan dalam negara iaitu di Selangor.

“Rakan saya sedang skrol aplikasi dalam talian dan terjumpa mainan seks, tetapi apa yang mengejutkan ialah mainan seks itu mereplikasi badan kanak-kanak. Ini sangat memualkan dan menjijikkan

“Saya dah laporkan semua akaun dan juga telah hubungi pengedali platform untuk ambil tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Sehubangan itu, rata-rata ramai turut membuat laporan terhadap akaun berkenaan selain ingin memboikot platform tersebut kerana tidak menapis produk yang dijual.

“Rasa nak muntah, bangang gila ada orang jual benda macam ini,” kata Raja Haziq.

“Sebagai seorang ibu, perkara ini suatu yang menakutkan. Ada patung siap pakai baju sekolah lagi,” luah atiqah.

“Apa ni, tak saring ke penjual dan kau jangan biar rakyat Malaysia boikot nanti,” ujar hzf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI