fbpx

Pelajar kolej vokasional maut motosikal rempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNGGANG, Muhammad Iqbal maut di lokasi selepas terlibat dalam nahas di Klebang Utama, Melaka, awal pagi tadi.

MELAKA – Seorang pelajar kolej vokasional maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah kereta dalam nahas di Klebang Utama di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, mangsa, Muhammad Iqbal Harith Ramlee, 16, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari arah bulatan Klebang menghala ke Bandar Melaka.

“Ketika kejadian, kereta terlibat iaitu jenis Proton Saga dipandu seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang berusia 26 tahun telah melepasi lampu isyarat Klebang Utama dan berada di lorong kiri.

“Pemandu melihat melalui cermin sisi terdapat sekumpulan penunggang motosikal berada di belakang dan tidak lama kemudian seorang penunggang daripada kumpulan itu memintasnya sebelum tiba-tiba bahagian belakang kereta dihentam penunggang lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, akibat kemalangan itu, penunggang terbabit mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Penandu tersebut telah dibawa ke bahagian kecemasan untuk diambil sampel darah bagi tujuan mengesan kandungan alkohol dan dadah.

“Mayat mangsa pula telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI