fbpx

Pakej VVIP tidak ada makna – Bonda Rozita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozita bersama Aliff Syukri sewaktu mengerjakan ibadah haji.

PETALING JAYA – Bayar pakej haji mencecah ratusan ribu ringgit selayaknya mendapat layanan VVIP, namun masih lagi merasai tidur berbantalkan plastik sampah bagai gelandangan sewaktu mengerjakan Rukun Islam kelima tersebut.

Itu pengalaman dilalui usahawan terkenal Rozita Ibrahim atau mesra dipanggil Bonda Rozita bersama anaknya Datuk Seri Aliff Syukri yang ketika ini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah di sana.

Walaupun merasai pengalaman seperti itu, Rozita tetap bersyukur dan menyifatkan ia peluang untuknya muhasabah diri sepanjang menjadi tetamu Allah.

“Serius haji bukan macam melancong, kita tak tahu apa Allah nak uji, apa Allah nak beri dan hikmahnya untuk memiliki haji mabrur. ‘Last’ gambar-gambar ni di Mina, selesai sudah melontar lengkap sudah haji bonda 2023.

“Pakej VVIP meskipun selayaknya gambar ini macam gelandangan dihalau, dijerit-jerit dek polis sedangkan kami di Malaysia dipuja, disanjung kerana status dan kewangan kami. Bonda bahagia tidur di atas plastik sampah memilih mabid (bermalam) gelandangan untuk merasai jiwa, untuk memahami maksud muhasabah diri.

“Banyak Allah beri ilmu bersama guru bonda. Ia merapatkan bonda dengan Kri (panggilan Aliff Syukri), Ammar dan besan sebagai tetamu Allah. Bonda gembira merasai gelandangan untuk kali ni. Setiap haji nikmat yang berbeza-beza,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Rozita berkata, biarpun mereka mampu untuk memiliki keselesaan, namun dia menyifatkan itu adalah yang terbaik untuknya serta Aliff Syukri dalam muhasabah diri sekali gus impian mahu dikurniakan haji mabrur.

Menerusi hantaran yang lain, Rozita turut memuji Aliff Syukri yang menjaganya sepanjang di Tanah Suci biarpun anaknya itu mengalami ‘slip disc’ tahap empat.

Sementara itu, Aliff Syukri pada InstaStory menjawab pertanyaan pengikutnya memberitahu, pakej yang diambil mereka menggunakan visa furada, namun enggan mendedahkan secara lanjut harga tersebut.

“Visa furada ratus ribu, niat bukan nak riak tapi orang tanya. Harga ‘detail’ saya tak boleh beritahu, tapi alhamdulillah memang berpuas hati. Nak murah boleh Tabung Haji, tapi tunggu giliran panjang. Boleh saja pergi mana-mana ejen yang ada pakej, cuma makan masa dan kos agak tinggi.

“Duit (kos) bagi saya rahsia, tapi pakej ‘private’ agak tinggi. Saya tak nak kongsi ‘detail’. Ada hikmahlah, setiap jemaah ada dugaan masing-masing, tapi biar saya sahaja yang tahu. Secara keseluruhan, saya ‘happy’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI