IPOH – Objek menyerupai sebutir bom mortar ditemukan orang awam di tepi kolam di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo di sini hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, penemuan objek itu dilaporkan kepada polis pada pukul 3 petang.
“Lokasi kejadian telah dikepung dengan pita polis selain kawalan dilakukan agar orang awam tidak mendekati kawasan kolam berkenaan.
“Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak sudah tiba di lokasi dan sedang menjalankan siasatan ke atas objek disyaki bom mortar,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE