fbpx

Manchester United makin tenggelam dalam pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG berdepan tekanan hebat apabila masih gagal membawa masuk pemain baharu berprofil tinggi untuk menyertai mereka musim depan. - AFP

MANCHESTER – Polemik perubahan pemilikan kelab menyaksikan Manchester United berdepan kesukaran untuk mendapatkan pemain pada jendela perpindahan kali ini sekali gus menjadikan mereka satu-satunya pasukan elit yang masih belum mendapatkan pemain baharu.

Selepas berjaya mengembalikan reputasi United dan membawa pasukan itu kembali ke saingan Liga Juara-Juara musim depan, pengurusnya, Erik Ten Hag memerlukan sokongan kewangan besar untuk memastikan prestasi mereka lebih baik untuk kempen berikutnya.

Biarpun dikaitkan dengan beberapa nama-nama pemain berprofil tinggi dan terkait dengan spekulasi perpindahan melibatkan banyak pemain, hakikatnya masih belum ada tanda-tanda bahawa mereka sudah berjaya mendapatkan mana-mana pemain ketika jendela perpindahan sudah dibuka sejak dua minggu lalu.

Lebih membuatkan situasi menjadi parah, United juga berdepan kekangan apabila mereka perlu mematuhi Peraturan Kewangan Adil (FFP) yang menyaksikan bajet mereka terhad antara £100 juta (RM590.54 juta) hingga £150 juta (RM885.82 juta) sahaja.

Bagaimanapun, ia masih boleh meningkat dengan syarat mereka mampu menjual beberapa pemain sedia ada, tetapi selepas mengumumkan bakal melepaskan 13 pemain mereka, sehingga kini masih belum ada tawaran konkrit diterima oleh United daripada kelab yang berminat.

United kuat dikaitkan dengan spekulasi perpindahan Harry Kane yang memiliki baki kontrak 12 bulan di Tottenham Hotspur, namun mereka enggan membayar nilai £100 juta yang diminta pengerusi kelab berkenaan, Daniel Levy sekali gus memungkinkan pemain itu berhijrah ke Bayern Munich.

Perkembangan tersebut seharusnya meresahkan kem United ketika pencabar mereka, Manchester City, Arsenal, Spurs, Liverpool, Chelsea dan Newcastle United sudah mula giat memperkenalkan pemain yang baharu mereka beli untuk memantapkan pasukan bagi saingan musim depan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI