fbpx

Lelaki rakam adegan ranjang bersama 76 wanita dipenjara lapan bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johan akan merakam setiap wanita yang ditemuinya sebelum mereka berhubungan intim. - Shutterstock

SINGAPURA – Seorang lelaki warga Indonesia dihukum penjara lapan bulan atas kesalahan merakam hubungan intimnya bersama 76 wanita tanpa kebenaran mereka, lapor portal berita VNEXPRESS kelmarin.

Johan Wijaya, 32, yang menetap di Singapura mengaku bersalah atas lima pertuduhan ‘voyeurisme’ dengan menyembunyikan kamera di dalam bank kuasa miliknya untuk merakam wanita-wanita yang ditemuinya menerusi pelbagai aplikasi janji temu.

Perbuatan itu terbongkar selepas seorang wanita berusia 25 tahun yang mengenalinya melalui aplikasi temu janji membuat aduan polis.

Polis mendapati sebanyak 391 video disimpan dalam komputer ribanya di mana 336 daripadanya mengandungi unsur voyeurisme.

Johan mengaku di mahkamah bahawa setiap kali dia bertemu seorang wanita secara online,  dia bertanya sama ada wanita itu terbuka untuk menjalinkan hubungan intim sebelum mengajak mangsa ke rumahnya atau hotel bajet.

Semasa wanita itu mandi sebelum melakukan hubungan intim, Johan akan meletakkan bank kuasanya yang dibeli pada 2017 menghadap ke arah katil.

Kebanyakan wanita tidak menyedari mereka sedang dirakam kerana bank kuasa itu tidak mengeluarkan sebarang kerlipan lampu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI