fbpx

Lelaki jual kekasih sendiri RM155

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arief Ryzki Wicaksana (kanan) menunjukkan suspek yang menjual kekasihnya dan barang bukti di pejabat polis Pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya baru-baru ini. - Foto mili.id

JAKARTA, Indonesia – Seorang pemuda di Bekasi ditangkap polis kerana didakwa menjual kekasih sendiri kepada seorang lelaki lebih tua berusia 40 tahun, lapor portal berita TribunJatim semalam.

Pemuda berusia 19 tahun tersebut menghantar kekasihnya yang seusia untuk menemui pembeli di Surabaya bagi tujuan pelacuran.

Namun, polis dapat ‘menghidu’ perbuatannya, menyebabkan dia ditangkap di sebuah hotel di Surabaya baru-baru ini.

Pegawai polis Pelabuhan Tanjung Perak, Arief Ryzki Wicaksana berkata, suspek ialah warga Bekasi, manakala kekasihnya berasal dari Jakarta Timur.

Setiba mereka di Surabaya, suspek kemudian menjual kekasihnya itu

Menurut Arief, kekasihnya itu dijual sebanyak 500,000 rupiah (RM155.04) untuk bersekedudukan selama satu jam.

Suspek akan mengambil 300,000 rupiah (RM93.02) manakala kekasihnya akan diberikan 200,000 rupiah (RM62.02). 

Pemuda itu akan didakwa kerana melakukan pemerdagangan manusia. Sabit kesalahan, dia  boleh dipenjara sehingga 15 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI