fbpx

Jutawan masih pakai kereta Honda Accord dibeli pada 2005

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramit Sethi masih memandu kereta Honda Accord lama walaupun dia sudah menjadi jutawan. - Foto CNBC/Twitter

WASHINGTON – Seorang jutawan di Amerika Syarikat, Ramit Sethi masih memandu kereta Honda Accord sama yang dibelinya selepas menamatkan pengajian peringkat universiti pada tahun 2005, lapor portal berita CNBC semalam.

“Saya menjaganya dengan teliti. Adakah saya boleh membeli kereta baharu esok juga? Pasti boleh. Adakah ia penting bagi saya? Tidak,” katanya dalam program televisyen CNBC, Make It.

Memandangkan keretanya telah habis dibayar, Sethi tidak perlu membayar ansuran bulanan sekali gus membolehkan dia menggunakan wang untuk perkara lain yang penting bagi dirinya seperti melancong, menderma dan melabur.

Sethi yang berumur 40 tahun menyifatkan strategi perbelanjaannya sebagai “dail wang”. 

“Ia membolehkan anda berbelanja lebih untuk perkara yang anda nikmati dan membelanjakan cuma sedikit untuk perkara yang anda anggap tidak penting.

“Saya berbelanja secara berlebihan untuk perkara yang saya suka, tetapi saya mengurangkan tanpa belas kasihan pada perkara sebaliknya,” kata Sethi. 

Sethi pernah menghasilkan buku terlaris berjudul ‘I Will Teach You to Be Rich’ pada 2009.

Nilai bersih kekayaannya dianggarkan sekitar AS$20 juta (RM93.39 juta) hingga AS$25 juta (RM116.74  juta). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI