fbpx

Insiden menteri kecoh di KLIA, imigresen mulakan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan memulakan siasatan menyeluruh merangkumi semua aspek berkaitan bagi menyiasat dakwaan seorang menteri membuat kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya telah mengambil tindakan serta-merta dengan memulakan siasatan ke atas dakwaan kejadian seperti dilaporkan dalam sebuah portal berita.

“JIM merujuk kepada laporan berita diterbitkan oleh sebuah portal berita atas talian bertajuk ‘EKSKLUSIF: Menteri buat kecoh di KLIA tuntut pelawat China ditahan imigresen dibebaskan’ yang diterbitkan pada 29 Jun 2023.

“Sehubungan itu, jabatan ini memohon supaya orang ramai memberikan ruang agar siasatan dapat dijalankan dengan telus dan tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh menggganggu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu, media melaporkan seorang menteri dikatakan memarahi petugas keselamatan di KLIA selepas dilarang masuk ke balai ketibaan kerana tidak mempunyai pas.

Difahamkan, menteri itu bertindak masuk ke balai ketibaan tanpa pas selepas mengetahui mengenai penahanan wanita warga China di KLIA.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung insiden kekecohan dicetuskan seorang menteri di KLIA.

Susulan itu, Anthony Loke berkata, beliau percaya bahawa pihak berkuasa lapangan terbang akan membuat siasatan terperinci mengenai kekecohan yang berlaku.

“Saya belum dapat apa-apa laporan lanjut berkenaan insiden itu, saya rasa pihak berkuasa lapangan terbang akan membuat siasatan terperinci apa yang berlaku.

“Sudah tentu protokol keselamatan kena patuh, apapun kita serah kepada pihak berkuasa penerbangan untuk buat siasatan terperinci,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI