fbpx

Hujan lebat di 5 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lima negeri pagi ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga lewat pagi nanti.

Katanya, ia melibatkan keseluruhan kawasan di Pulau Pinang dan beberapa di Perak iaitu Kerian, Larut serta Matang dan Selama.

“Bagi Kedah, cuaca buruk dijangka melanda Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

“Johor pula melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia berkata, amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak yang diramalkan tertumpu di Kuching.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.

“Ia adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI