fbpx

Google buang pekerja Waze

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOGO Waze dipaparkan pada skrin sebuah komputer tablet di Paris. – AFP

WASHINGTON –  Enjin carian Google akan memberhentikan kakitangan Waze apabila  ia menggabungkan produk pemetaan sendiri dengan perkhidmatan pemetaan tersebut, lapor saluran berita CNN kelmarin.

Dalam e-mel kepada pekerja Selasa lalu, Chris Phillips yang menyelia divisyen Google’s maps dikenali sebagai Geo  berkata, syarikat itu merombak strategi Waze untuk memasukkan iklan Google serta tidak lagi menggunakan sistem pengiklanan berasingan.

“Langkah ini akan membawa kepada pemberhentian pekerja Waze,” kata Phillips.

Menurutnya, Google berharap dapat mewujudkan produk Waze yang lebih optimum dengan memberi tumpuan untuk membina produk baharu Waze Ads yang dijana oleh Google Ads.

Phillips memberitahu, syarikat berkenaan memaklumkan kepada pengiklan dan rakan kongsinya tentang perubahan itu kelmarin. Pasukan diketuainya  juga akan menjawab soalan kakitangan tentang perubahan tersebut dalam satu perhimpunan dinamakan ‘our next Waze Town Hall’ pada 11 Julai ini.

E-mel tersebut tidak mendedahkan bilangan pekerja yang akan dibuang. Bagaimanapun, unit Waze menggaji lebih 500 pekerja, demikian menurut dokumen dalaman yang dilihat oleh CNBC.

Google membeli Waze pada harga sekitar AS$1.3 bilion (RM6.07 bilion) dalam tahun 2013. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI