Seorang pembantu kedai berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya, minggu lalu.
Tertuduh, Saini Irwandy Sofian Sani, 23 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Jesseca Daimis.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Shahwani Abdullah, 24, di Persiaran Rapat Baru 20, Taman Song Choon antara pukul 5 petang Sabtu hingga 4.54 pagi, Ahad lalu.