fbpx

Buat korban di Narathiwat murah, seekor lembu RM2,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK melakukan ibadah korban seekor lembu yang berharga kira-kira RM2,800 seekor di Sukhirin, Narathiwat, Thailand semalam. – AIMUNI TUAN LAH

NARATHIWAT – Harga lembu ternakan di selatan Thailand terutama di wilayah ini dijual serendah 21,000 bath (RM2,800) seekor atau RM400 bagi satu bahagian ibadah korban.

Tinjauan Kosmo! di Sukhirin, di sini mendapati, kira-kira 400 penduduk telah ke Masjid Nurul Hidayah, Air Pulong, di sini untuk menunaikan solat sunat Aidiladha seawal pukul 7 pagi.

Seorang penternak lembu, Pak Ngah, 75, berkata, lembu ternakannya tahun ini mendapat permintaan tinggi daripada penduduk kampung yang ingin menjalankan ibadah korban berkenaan.

“Harga lembu masih berpatutan apabila dijual serendah 21,000 bath atau RM2,800 seekor.

“Bagi satu bahagian lembu korban dia menjual pada harga antara 3,000 bath atau RM400,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, setiap tahun permintaan lembu korban sa­ngat menggalakkan apabila mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat sekitar.

“Walaupun penduduk berdepan dengan kenaikan kos sara hidup, namun mereka menganggap ibadah korban harus dilakukan kerana ia ha­nya setahun sekali,” katanya.

Tambahnya, kebiasaannya penduduk yang bekerja sebagai petani dan pekebun akan menabung duit lebih awal bagi menjalankan ibadah korban.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Solas Hudin Chenea, 40, berkata, sambutan Aidiladha di wilayah itu lebih meriah berbanding Aidilfitri.

Katanya, ramai ahli keluar­ga yang tinggal dan mencari rezeki di Malaysia turut pulang untuk meraikan Hari Raya Aidiladha di sini bersama-sama.

“Selepas solat, kami akan terus melakukan ibadah korban sebelum bergotong-royong memasak hidangan bersama ahli keluarga untuk menjamu tetamu yang hadir,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI