fbpx

Anggota Rela halang wanita pakai skirt disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
May mendakwa dia telah dihalang anggota Rela daripada memasuki pejabat Perkeso di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) disiasat ekoran didakwa menghalang seorang wanita daripada memasuki pejabat kerana memakai skirt pada paras lutut.

Insiden tersebut dipercayai berlaku di sebuah pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Jalan Burma, George Town, Pulau Pinang.

Bahagian Komunikasi Dan Hal Ehwal Korporat Perkeso berkata, ia berikutan tindakan anggota tersebut tidak selari dengan prinsip prihatin jabatan tersebut.

“Perkeso memohon maaf kepada individu tersebut susulan insiden terbabit dan memandang serius isu ini selain sedang menjalankan siasatan dalaman.

“Kami berharap isu ini tidak mencetuskan spekulasi berpanjangan yang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, peguam Datuk Ajit Singh Jessy mendakwa bahawa rakan sekerja wanitanya iaitu May, dihalang daripada memasuki pejabat Perkeso semasa menemaninya untuk mendaftarkan pembantu rumah dibawah Perkeso.

“Saya dan May tanya apa yang salah kerana skirtnya sehingga lutut. Dia kata peraturan harus sehingga paras kaki.

“Selepas berterusan mendesak untuk mengetahui apa yang tidak kena dengan skirt itu, dia jawab, ‘ini kali okey, lain kali tak boleh’,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI