fbpx

USM julung kali korban lembu sado 750 kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira enam petugas ibadah korban menumbangkan seekor lembu sado seberat 750kg di USM, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seekor lembu sado baka Charolis antara 40 ternakan korban yang ditumbangkan di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini pada Hari Raya Aidiladha hari ini.

Lembu seberat 750 kilogram (kg) berharga RM11,000 itu menjadi tatapan orang ramai pada penyertaan ibadah korban yang berlangsung di Masjid Al-Malik Khalid.

Selain itu, sebanyak 19 ekor lembu korban biasa dan 20 ekor kambing turut disembelih dalam program yang disertai lebih 1,000 warga USM, kariah, orang awam dan pelajar antarabangsa.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Ir Abdul Rahman Mohamed berkata, perayaan itu disambut umat Islam seluruh dunia bagi memperingati peristiwa kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail sebagai simbolik ketaatannya kepada Allah SWT.

“Kepada seluruh warga USM, bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan dan terus menghayati erti pengorbanan walau dalam apa jua cabaran yang dihadapi.

“Saya memohon agar semua warga USM sentiasa bersyukur dengan perayaan tahun ini dan bersama-sama kita terus memelihara kesejahteraan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI