fbpx

Tunai haji, kulit tapak kaki koyak, Zul puas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUL ARIFFIN kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji buat pertama kali.

PETALING JAYA – Dalam ibadah ada pengorbanan, situasi sama dilalui aktor popular Zul Ariffin apabila kulit tapak kakinya terkoyak selepas beberapa hari melalui rukun ibadah haji ketika ini.

Meskipun melalui pengalaman mencabar fizikal, Zul, 36, bagaimanapun berasa puas kerana melaluinya demi menunaikan tuntutan rukun Islam kelima yang menjadi impian umat Islam.

“Kulit satu badan terbakar dan kulit tapak kaki koyak. Puas!

“Alhamdulillah! Salam Aidiladha dari Mekah semua,” katanya dalam satu ciapan Twitter semalam.

Difahamkan, pelakon yang kini hangat dengan drama Perempuan Itu selesai menjalani salah satu rukun haji iaitu wukuf di Arafah semalam.

Menerusi perkongsian Instagram, dia juga menjalani proses bercukur iaitu dengan membotakkan kepalanya.

Zul atau nama penuhnya Zulkifli Ariffin berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji buat pertama kali pada 10 Jun lalu.

Selain Zul, selebriti lain yang kini menunaikan haji ialah Faizal Tahir, Alif Satar dan Datuk Aaron Aziz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI