fbpx

Panggilan tak jawab bongkar kematian tukang paip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki tempatan ditemui dalam keadaan terbaring di dalam sebuah bilik tidur.

AMPANG JAYA – Kes kematian seorang tukang paip di dalam bilik sewa rumah kedai di Taman Muda, Pandan Indah, di sini, pagi tadi diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan dari Hospital Ampang pada pukul 8.59 pagi.

Menurutnya, pihak hospital meminta bantuan polis selepas seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun dipercayai tidak sedarkan diri di dalam bilik rumah sewa.

“Bertindak atas maklumat, polis bersama sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah serta pasukan perubatan Hospital Ampang bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Ampang.

“Hasil pemeriksaan pada tubuh si mati mendapati tiada unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, kejadian itu disedari rakan sekerja mangsa apabila dia gagal menghubungi lelaki terbabit.

“Berikutan itu, lelaki tersebut segera ke bilik sewa mangsa pada pukul 8.30 pagi dan mendapati pintu berkunci.

“Saksi itu kemudiannya meminta bantuan pihak bomba untuk memecahkan pintu bilik,” jelasnya.

Beliau memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI