fbpx

Tolak tepi ego, kepentingan kerabat dan keluarga – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra bersama sebahagian jemaah yang hadir bagi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini. Foto oleh - AMIR KHALID/ KOSMO!

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak masyarakat mengetepikan ego, kepentingan kerabat dan keluarga.

Menurut beliau, ia adalah demi kekuatan seluruh bangsa terutamanya mereka yang lemah dan terpinggir dengan menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya dalam mentaati Allah.

“Meski serba kekurangan di tanah serba gersang dalam daerah sepi tidak berpenghuni, hakikatnya tetap subur dibasahi keimanan dan kasih sayang serta keikhlasan jiwa menurut perintah Allah.

“Pengorbanan ini menjadi asas sebuah perjuangan suci mengembalikan maruah umat dan menjamin keadilan buat semua,” katanya di Facebook sebentar tadi.

Menurut Anwar ibrah (teladan) itu menjadi asas keyakinan dalam mengemban amanah dan menunaikan cita-cita pewaris bangsa.

“Ini tekad dan sumpah kita. Bersama kita satukan kekuatan, mara demi sebuah negara yang maju, sejahtera dan ihsan terhadap rakyatnya.

“Kepada rakyat Malaysia yang menunaikan haji di tanah suci saya mendoakan agar beroleh haji yang mabrur dan semoga selamat pulang ke tanah air,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI