fbpx

5 tip pastikan daging korban kekal segar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daging korban diagihkan-agihkan. – Gambar hiasan

IBADAH korban bermula sebaik selesai solat sunat Aidiladha pada hari ini hingga berakhirnya hari tasyrik iaitu pada 13 Zulhijah.

Pengagihan daging korban boleh dibahagikan kepada tiga golongan iaitu orang melakukan korban, fakir miskin dan dihadiahkan kepada saudara Islam.

Ada ketikanya, rezeki agihan daging korban datang melimpah ruah sehingga tidak mampu dimasak sekali gus dalam sehari.

Jika tidak diuruskan dengan betul, daging-daging tersebut berpotensi busuk dan boleh menyebabkan pembaziran.

Bersempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, Horizon ingin berkongsi tip untuk memastikan daging korban kekal segar dalam jangka masa lama.

 

Bersihkan tapi jangan basuh
Elakkan daripada terus ‘sumbat’ daging yang diletakkan dalam plastik ke peti sejuk.
Sebaiknya, tapiskan dahulu air darah yang terkumpul dan buang sebarang benda asing pada daging.
Jangan cuci dengan air paip kerana kelembapan air yang memasuki rongga boleh merosakkan kualiti daging tersebut.
Ia hanya boleh dicuci apabila daging berkenaan hendak dimasak.

 

Asingkan bahagian daging
Asingkan daging ikut bahagian seperti tulang, batang pinang, daging cincang dan dalaman iaitu perut, hati, limpa serta paru.
Ini bagi memudahkan proses pengeluaran daging untuk dimasak, tanpa perlu mengganggu kualiti bahagian lain.

 

DAGING perlu disimpan dalam bekas kedap udara. – Gambar hiasan

Simpan dalam bekas kedap udara
Simpan daging dalam bekas kedap udara sama ada dalam bentuk plastik atau simpanan makanan.
Daging yang disimpan dalam keadaan vakum mampu bertahan lebih lama.
Ini kerana kekurangan oksigen bakal merencatkan pertumbuhan bakteria.

 

Labelkan bekas-bekas daging
Pastikan setiap bekas dilabel dengan tarikh penyimpanan daging dan bahagian disimpan sebagai rujukan.
Cara ini mampu membantu pengguna mengenal pasti daging yang terlebih dahulu diletakkan dalam peti sejuk.
Sebelum diletakkan di bahagian sejuk beku, pastikan daging dalam ruang biasa terlebih dahulu selama empat hingga lima jam.
Ini bagi mengelakkan berlakunya perubahan suhu secara mendadak pada daging itu.

 

Simpan di tempat sejuk beku bagi elak daging rosak.

Simpan di tempat paling sejuk
Daging akan mula rosak dengan pantas sekiranya suhu mencecah 5 darjah Celsius (°C).
Oleh itu, daging perlu diletakkan di bahagian sejuk beku yang suhunya sama atau kurang daripada -18°C.
Asingkan simpanan daging dengan bahan makanan yang boleh dimakan terus seperti aiskrim supaya dapat mengelakkan pencemaran silang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI