fbpx

Pidcock sandaran Ineos Grenadiers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIDCOCK berjaya memenangi satu peringkat perlumbaan musim lalu sekali gus menjadi pembakar semangat untuknya memburu jersi kuning musim ini. – AFP

PARIS – Pasukan Ineos Grenadiers percaya bahawa bintang mudanya, Tom Pidcock mampu menukar emas Olimpik kepada kejayaan lebih besar di Tour de France (TdF) 2023 nanti.

Penolong ketua pasukan, Rod Ellingworth melihat bahawa Pidcock seorang pelumba yang berkualiti, namun memerlukan pengalaman lebih untuk menakluk perlumbaan mencabar se­perti TdF.

Tegas Ellingworth, Pidcock membuktikan dia seorang pelumba berbasikal yang berbakat menerusi kemenangan solonya di Alpe d’Huez pada debut pertamanya musim lalu.

“Saya rasa masih ada kerja yang perlu dia (Pidcock) lakukan untuk menjadi pesaing terhebat terutama memburu jersi kuning.

“Saya fikir kemenangan pertama adalah batu loncatan ke arah impian dan cita-citanya pada perlumbaan berstatus Grand Tour ini.

“Pidcock mempunyai jiwa yang besar. Apabila dia me­netapkan sasaran, dia akan be­kerja keras untuk mendapatkannya. Sama ada dia berjaya atau tidak, dia pastinya akan memberikan yang terbaik,” kata ­Ellingworth.

Sebagai rekod, atlet Great Bri­tain tersebut merangkul pingat emas dalam acara basikal bukit pada saingan Sukan Olimpik ­Tok­yo 2020.

Pasukan Ineos Grenadiers membariskan pelumba terbaik­nya iaitu Egan Bernal, Jonathan Castroviejo, Omar Fraile, Michal Kwiatkowski, Daniel Martinez, Carlos Rodriguez dan Ben Tur­ner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI