fbpx

Pemotong rumput maut kemaluan dicantas bilah besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Turut ditemui berdekatan mayat mangsa adalah bilah pemotong logam yang patah. – ThaiRath

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand maut selepas bilah mesin pemotong rumput terkena pada kemaluannya, mengakibatkan alat sulit  itu terputus, lapor laman berita Thaiger.

Anggota Balai Polis Mueang Nong Bua Lamphu dikejarkan ke lokasi kejadian di sebuah taman rimba di wilayah Isaan sejurus menerima laporan semalam.

Mereka menemui mayat Praditsin Chuypad, 39, dalam keadaan seluarnya berlumuran darah. Turut ditemui berhampiran mayatnya adalah bilah pemotong logam yang patah.

Pemeriksaan polis mendapati kemaluan Praditsin terputus. Kesan luka dalam turut ditemui pada pangkal paha kirinya.

Kecederaan serius itu menyebabkan arterinya putus dengan mangsa  kehilangan banyak darah sebelum meninggal dunia.

Polis kemudian menemui bahagian bilah yang patah dan berlumuran darah. Mereka percaya bilah itu patah selepas terkena kemaluan Praditsin.

Menurut penjaga taman, Waen Visetsakda, mangsa diupah oleh pemilik taman rimba itu untuk membersihkan kawasan yang berumput.

Dia turut mendedahkan bahawa Praditsin memilih menggunakan bilah besi yang lebih besar kerana percaya kerjanya akan selesai dengan lebih cepat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI