KEMESRAAN dua bintang popular, Fasha Sandha dan Nora Danish antara perkara yang menarik perhatian pada majlis pernikahan Shuib dan Watie, Jumaat lalu.
Menerusi video yang dikongsikan Fasha dalam Instagramnya, aktres itu merakamkan momen bersama Nora termasuk aksi berpelukan mesra.
Kedua-dua wanita yang juga sama-sama pernah bergelar isteri kepada lelaki sama, Jejai, tampak mesra sekali gus membuktikan mereka berhubungan baik.
Malah, usahawan itu turut meninggalkan komen dengan meninggalkan perkataan ‘steady’ selepas melihat aksi mesra kedua-dua wanita yang pernah hidup dengannya.
Sudah tentu ramai netizen memuji Fasha dan Nora yang turut tampil jelita pada pernikahan Shuib dan isteri.
Sebelum ini, Nora dan Jejai mendirikan rumah tangga pada Jun 2006, manakala perkahwinan dengan Fasha pula pada April 2012 masing-masing memilih untuk berpisah dengan Jejai.