fbpx

Marahkan suami kahwin lain, wanita bakar diri bersama 2 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut mengurung diri bersama dua anaknya di dalam rumah sebelum membakar rumah itu. – KNA

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung diri di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu suaminya berkahwin lain, lapor akhbar The Star Kenya semalam.

Dalam kejadian Selasa lalu, dua anaknya yang masing-masing berusia 10 dan dua tahun terbunuh selepas rumah mereka terbakar di ladang Saina, kawasan Kajiado Central.

Detektif yang mengendalikan kes itu berkata, mangsa berang selepas mendapat tahu suaminya berkahwin dua.

Si suami dikatakan tinggal bersama isteri keduanya dan tidak pulang ke rumah mereka selama beberapa minggu.

Akibat kemarahan yang sudah tidak dapat dikawal, wanita berkenaan mengurung dirinya dan dua anaknya di dalam rumah  mereka sebelum membakar kediaman itu kira-kira pukul 2 petang (waktu tempatan).

Jiran-jiran bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan tiga beranak tersebut daripada kebakaran.

Mereka bagaimanapun hanya sempat menyelamatkan wanita berkenaan sementara dua anaknya dilaporkan telah meninggal dunia.

Wanita tersebut mengalami melecur serius dan dikejarkan ke sebuah hospital, manakala mayat dua anaknya yang rentung dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI