fbpx

Lengan budak perempuan tersepit mesin penguli roti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tangan mangsa yang tersepit di sebuah rumah di Jalan Bagan Terap, Sabak Bernam, Selangor hari ini.

SABAK BERNAM – Niat seorang kanak-kanak perempuan membantu bapanya bertukar detik cemas apabila lengan kirinya tersepit 20 minit pada mesin penguli roti di sebuah kedai di Jalan Bagan Terap di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu melibatkan mangsa berusia empat tahun di kedai roti bapanya tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 3.05 petang.

Katanya, sepasukan 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar terlibat dalam operasi tersebut.

“Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati bahagian lengan kanak-kanak itu masih tersepit di mesin tersebut.

“Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas bagi menyelamatkan mangsa dalam tempoh 10 minit” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohamadul Ehsan, mangsa didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan hanya kesan lebam di lengan dan telah diserahkan kepada keluarga. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI