fbpx

Lelaki ditemui lemas selepas 25 jam terjun dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LANGAT – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjun ke dalam sungai Kampung Labohan Dagang, Banting ditemui lemas hari ini.

Mayat dikenali Firadus Alhabib Saiful Azlan, 24, ditemui kira-kira pukul 9.25 pagi.

Penemuan mangsa itu mengambil masa kira-kira 25 jam selepas dikatakan terjun dalam sungai itu kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, mayat lelaki itu ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dilakukan pihak bomba,” katanya hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang pemuda dipercayai mempunyai masalah tekanan perasaan dilaporkan hilang selepas terjun ke dalam sungai di Kampung Labohan Dagang, Banting di sini.

Berdasarkan maklumat awal mendapati lelaki tersebut yang baharu tiga hari dibuang kerja mengalami tekanan perasaan sama ada melibatkan keluarga atau cinta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI