fbpx

Kovacic akui bertuah dipilih Manchester City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOVACIC menjadi pemain pertama yang ditandatangani oleh City untuk saingan musim baharu nanti. - FB MANCHESTER CITY

MANCHESTER – Sejurus mengesahkan perpindahan ke Manchester City, Mateo Kovacic percaya dirinya mampu menjadi pemain lebih baik di bawah kendalian Pep Guardiola.

Sambil menyifatkan ia sebagai detik penting dalam kariernya, bekas pemain Chelsea itu yakin dia menjadi antara individu bertuah kerana mampu bekerja bersama pengurus itu.

“Ini adalah perpindahan terbaik buat saya dan tidak sabar untuk memulakan langkah bersama City. Sesiapa pun yang menyaksikan pasukan kendalian Pep pasti akan tahu betapa bagusnya mereka dan bagi saya mereka adalah terbaik di dunia.

“Piala yang mereka menangi menceritakan segalanya. Jadi, untuk menyertai skuad ini pastinya menjadi satu impian buat mana-mana pemain termasuk juga saya.

“Saya masih perlu belajar dan saya tahu berada di bawah Pep akan menjadikan saya pemain lebih baik. Sekarang saya perlukan rehat dan selepas itu kembali ke Manchester untuk persiapan musim depan,” katanya.

Ketika lima musim bersama The Blues, pemain 29 tahun itu melakukan 221 penampilan, memenangi Liga Juara-Juara, Liga Europa, Piala Kelab Dunia dan Piala Super UEFA.

Malah, pemain yang memiliki 95 kaps bersama skuad Croatia turut membantu pasukan itu mara ke final Piala Dunia 2018 dan menamatkan saingan di tempat ketiga pada edisi di Qatar tahun lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI