fbpx

Jadi gitaris band, Yamani Abdillah nafi tak laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAMANI (paling kanan) kini mengisi posisi gitaris bagi kumpulan Rock Ages.

KUALA LUMPUR – Menangkis dakwaan tidak laku menyanyi atau mampu berdiri sendiri sebaik memilih menyertai band Rock Ages, Yamani Abdillah menegaskan keputusan menjadi pemain gitar adalah bagi memenuhi impian.

Kata anak Datuk Jamal Abdillah itu, nyanyian tetap nombor satu, apatah lagi banyak tawaran persembahan dan kempen promosi diterima selepas menjuarai Famili Duo bersama adiknya, Zaki Yamani.

“Sebenarnya saya minat bermain gitar dari kecil, malah selain ambil pengkhususan gitar moden di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), saya juga berguru bawah bimbingan pengajar profesional.

“Apabila kawan yang pernah belajar sebumbung di Aswara mengajak saya sertai Rock Ages, saya tak tolak kerana ini cabang seni yang saya minat.

“Sekian lama menyanyi, saya juga ingin penuhi kepuasan diri dengan bermain instrumen kegemaran, tetapi menyanyi tetap nombor satu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditemui pada sidang media Konsert Anniversari ke-33 Damasutra ‘The Journey’, Rock Ages yang turut dibarisi lima lagi ahli itu bakal menyerikan konsert band otai berkenaan pada 27 Oktober depan.

Selain Yamani, 22, kumpulan terbabit membariskan Ayen Tommy selaku pemain drum, Holy (vokalis), Didi (gitar), Kuzan (keyboardist) dan Bobo gitar bass.

Menurut pemilik nama sebenar Osama Yamani Jamal Ubaidillah itu lagi, matlamat membabitkan diri
dalam kerja belakang tabir serta pemuzik membolehkannya berjinak-jinak dengan dunia penerbitan.

Malah kecenderungan terhadap gitar turut meraih sokongan ayahnya apabila memberi lampu hijau kepadanya untuk meneroka cabang seni lain asalkan bersungguh-sungguh.

“Memang bapa kami selalu bagi galakkan untuk berani mencuba apa-apa bidang, cuma kena serius dan jangan malukan keluarga,” ulasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI