PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, seluruh Perak dan Kedah (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dijangka berdepan cuaca buruk ini.
“Di Kelantan kawasan yang diramal hujan lebat dan ribut petir adapah Gua Musang diikuti dengan Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun).
“Cuaca sama turut dijangka di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin) dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah MetMalaysia, seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diikuti dengan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol) diramal berdepan hujan lebat dan ribut petir.
Dalam pada itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan di Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).
“Ribut petir dan hujan lebat diramalkan di Sarawak melibatkan kawasan Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Cuaca buruk di Sabah juga melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” katanya. – KOSMO! ONLINE