fbpx

Garnacho sarung jersi keramat Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARNACHO menjadi antara pemain penting United musim lalu dan bersedia mencabar diri dengan menyarung jersi dengan nombor baharu musim depan. – AFP

MANCHESTER – Pihak pengurusan Manchester United bersedia untuk menawarkan jersi No. 7 kepada pemain muda sensasi, Alejandro Garnacho pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas mempamerkan aksi konsisten sebelum ini.

Garnacho yang baru ber­usia 19 tahun berjaya diserapkan dalam skuad utama The Red Devils pada musim lepas dan sering menjadi pilihan pengurus, Erik Ten Hag tidak kira dalam skuad utama mahupun pemain simpanan.

Sebelum ini Garnacho te­lah diberikan jersi No. 49 memandangkan dia adalah pemain daripada produk akademi, tetapi situasi tersebut mungkin berubah selepas tiada siapa menyarung jersi No. 7 apabila penyerang veteran, Cristiano Ronaldo berhijrah pada Januari lepas.

Pemain antarabangsa Argentina itu difahamkan telah me­minta kebenaran barisan kejurulatihan untuk mendapatkan jersi No. 7 bagi mengharungi saingan musim depan sekali gus mengesahkan statusnya selaku salah seorang tunjang utama pasukan.

Sebelum ini jersi No. 7 United boleh dianggap sebagai legenda kerana sinonim dengan nama pemain-pemain elit kelab seperti Eric Cantona, David Beckham dan Ronaldo.

Namun, jersi No. 7 juga sering dianggap memberi tekanan tambahan apabila beberapa pemain seperti Antonia Valencia, Michael Owen, Angel Di Maria, Memphis Depay dan Alexis Sanchez gagal mempamerkan prestasi terbaik.

Lebih menguatkan spekulasi tersebut adalah jersi Garnacho No. 49 tiada dalam senarai untuk dibeli di laman web United yang mengeluarkan jersi rasmi pasukan bagi musim baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI