fbpx

Asap kebakaran hutan di Kanada sampai ke Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran hutan tahun ini mencacatkan rekod sebagai yang terburuk pernah berlaku di Kanada. - Foto BC Wildfire Service/Xinhua/Redux

MONTREAL, Kanada – Situasi kebakaran hutan di Kanada semakin buruk sehinggakan asap daripada kebakaran itu merentasi Lautan Atlantik dan sampai ke Eropah barat, kelmarin, lapor stesen penyiaran CNN.

Negara itu memulakan musim kebakaran hutan yang dramatik tahun ini dengan sekurang-kurangnya 7.6 juta hektar telah terbakar di seluruh negara.

Aktiviti kebakaran hutan di Kanada biasanya mencapai kemuncak dari bulan Jun hingga Ogos.

Tahun ini merupakan musim kebakaran paling teruk yang pernah direkodkan negara itu,  sekali gus mengatasi penanda aras sebelumnya seperti yang ditetapkan pada tahun 1989 untuk jumlah kawasan dilanda kebakaran. 

Pada tahun berkenaan, sekurang-kurangnya 7.3 juta hektar telah terbakar di Kanada, demikian menurut statistik kebakaran dari Pusat Bomba Hutan Antara Agensi Kanada.

“Asap dari kebakaran hutan yang menyelubungi Bandar Raya New York serta awan kabut pada awal bulan ini kini telah sampai ke Britain,” kata Pejabat Meteorologi Britain sambil menambah, asap tersebut boleh sampai hingga ke Eropah kerana ia dibawa angin kencang di peringkat atas atmosfera.

Selain membebaskan asap hingga ke Eropah barat, kebakaran itu juga mengakibatkan kepulan asap yang menjejaskan bahagian Amerika Syarikat seperti Wisconsin, Michigan dan Indiana dengan semuanya mengeluarkan amaran kualiti udara pada Isnin lalu, demikian menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

Kebakaran hutan terus berlaku di beberapa wilayah di Kanada dengan terdapat sekurang-kurangnya 53 kebakaran hutan baharu pada Ahad lalu, demikian menurut Laporan Situasi Kebakaran Kebangsaan dari Pusat Kebakaran Hutan Antara Agensi Kanada.

Sebanyak 23 kawasan hutan turut terbakar di Alberta, iaitu jumlah yang paling banyak, diikuti dengan Ontario dan Quebec, dengan masing-masing mencatatkan lapan kebakaran hutan, demikian menurut laporan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI